Wednesday, 4 December 2013

Pembentangan Proposal

Assalamualaikum warahmatullah.

Bergelar sebagai pelajar sarjana itu bukan sesuatu yang mudah. Namun bukanlah sukar dan payah. Apa yang penting keazaman tekad, kesungguhan usaha, disiplin dalam melaksanakan tugasan, mencari keberkatan daripada ilmu dan guru yang mengajar, berdoa memohon kekuatan dari Allah dan seterusnya tawakkal padaNya.

Sudah 3 bulan bergelar pelajar sarjana di ISDEV USM ini banyak mengajar diri ini untuk membaiki diri ke arah lebih baik. Belajar untuk lebih berdisiplin. Belajar mengenali rakan-rakan baru yang pelbagai latar belakang dan sikap. Seronok. Pengalaman yang seronok dan masih mempunyai 15 bulan lagi untuk berada dalam fasa ini, insyaAllah.

Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan hati kepada saya dan rakan-rakan saya dalam MISDEV 13 untuk berjaya mengharungi pengajian sarjana ini selama 18 bulan ini.

No comments:

Post a Comment