Abstrak
Artikel ini membincangkan prinsip Ubudiyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) yang diterapkan oleh Kerajaan Kelantan dalam pentadbiran. Perbincangan ini dimulai dengan menerangkan bagaimana prinsip UMI dilaksanakan.Seterusnya dibincangkan penerangan tentang setiap pecahan prinsip tersebut. Di hujung penerangan itu dijelaskan dari mana asas epistemologi dan tasawwur ketiga-tiga prinsip ini yang sememangnya jelas diambil daripada sumber agama Islam.
PENDAHULUAN
Artikel ini ditulis untuk menerangkan prinsip pemerintahan kerajaan negeri Kelantan selama 23 tahun di bawah pemerintahan Parti Islam Semalaysia (PAS). 'Membangun Bersama Islam' menjadi dasar pemerintahan dan pentadbiran kerajaan negeri berasaskan kepada prinsip UMI, yakni Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan. Ia bermula dengan penerangan tentang setiap prinsip tersebut dan seterusnya analisis tentang epistemologi dan tasawwur prinsip-prinsip tersebut.
PAS mula memerintah dan mentadbir kerajaan negeri Kelantan selama 23 tahun sejak 21 Oktober 1990 sehinggalah sekarang dengan meletakkan dasar 'Membangun Bersama Islam'. Melalui dasar tersebut, kerajaan PAS Kelantan banyak memperkenalkan program islamisasi dalam pentadbiran dan pemerintahan mereka. Di antara banyak-banyak program, prinsip dan teras pemerintahan, terdapat tiga prinsip yang sangat penting yang dijadikan teras pemerintahan iaitu Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan. (Wan Nik Wan Yusoff,2013)
Ketiga-tiga prinsip ini sentiasa disebut dan diterapkan kepada semua kakitangan kerajaan negeri secara khususnya dan kepada seluruh rakyat Kelantan secara amnya. Kebiasaannya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz atau pegawai tertinggi negeri yang lain akan sentiasa menyebut prinsip UMI ini bila bercakap mengenai pentadbiran. (Dinsman,2013)
Apakah sebenarnya maksud dan penerangan ketiga-tiga prinsip ini? Dari mana asas dan tasawur diambil ketiga-tiga prinsip ini sebagai teras pentadbiran? Ini akan diterangkan dalam perbincangan seterusnya.

U'BUDIYAH, MAS'ULIYYAH DAN ITQAN
1. Prinsip yang pertama ialah prinsip Ubudiyyah. Prinsip ini menekankan tentang sifat manusia sebagai hamba kepada Allah. Maka setiap perbuatan dan pekerjaan seharian manusia hendaklah selari dengan syariat yang diturunkan oleh Allah. Ia berasaskan kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
Secara asasnya, prinsip ini diambil terus daripada ayat Al-Quran.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (At-Thuur,52:56)
Ayat Al-Quran ini jelas menyebut tujuan dicipta manusia adalah untuk beribadah kepada Allah. Maka setiap pekerjaan dan perbuatan hendaklah selaras dengan agama Islam supaya ia dikira ibadah di sisi Allah. Termasuklah juga dalam soal pentadbiran dan pemerintahan. Atas dasar inilah kerajaan negeri Kelantan menekankan prinsip Ubudiyyah kepada kakitangan kerajaan negeri. Analisis tasawur prinsip ini jelas bersumberkan daripada wahyu Al-Quran dan ia berasaskan yang meletakkan Allah sebagai Khaliq dan manusia sebagai makhluq yang melaksanakan tugas untuk beribadah kepadaNya.
2. Mas'uliyyah pula prinsip berkaitan amanah dan tanggungjawab. Setiap perbuatan dan pekerjaan manusia adalah berkaitan dengan agama dan melibatkan soal dosa dan pahala. Ia akan dinilai dan diadili di akhirat kelak. Prinsip ini menekankan soal pelaksanaan tugas dengan penuh tanggungjawab dan akauntabiliti. (Wan Nik Wan Yusoff,2013)
Prinsip kedua ini juga diambil terus daripada ajaran Islam berdasarkan sebuah hadith.
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Maksudnya : Qutaibah bin Said telah menceritakan kepada kami, Laith telah menceritakan kepada kami. Di dalam jalur lain disebutkan bahawa Muhammad bin Rumh telah menceritakan kepada kami, Laith telah menceritakan kepada kami daripada Nafi' daripada Ibn Umar daripada Nabi SAW bersabda : "Ketahuilah bahawa setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin manusia akan bertanggungjawab ke atas rakyatnya. Seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarganya, dan dia bertanggungjawab ke ats mereka semua. Seorang wanita juga pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggungjawab ke atas mereka semua. Seorang hamba adalah pemimpin ke atas harta tuannya, dan dia bertanggungjawab atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab ke atas kepemimpinannya."
Daripada hadith Nabi Muhammad S.A.W ini boleh kita fahami dengan jelas bahawa manusia bertanggungjawab atas setiap apa yang di bawah tanggungjawabnya. Atas dalil ini maka pemimpin kerajaan begeri Kelantan bermula dari peringkat tertinggi sehinggalah kepada kakitangan awam hatta kepada rakyat jelata ditekankan tentang dosa dan pahala atas setiap tugas dan perbuatan yang dilakukan dan ia akan dihitung di hari akhirat kelak.
3. Itqan ialah prinsip yang menekankan kepada akhlaq dan amalan soleh. Setiap manusia ini perlu bersungguh-sungguh, tekun dan memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas. Ini akan melahirkan kualiti kerja yang baik dan cemerlang. Ia juga melibatkan soal keikhlasan, atau juga dipanggil kerja bermutu atau kita panggil ia sebagai itqan dan ini adalah dari ajaran Islam yang mana ajaran inilah yang akan menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat. (Nik Aziz NikMat,1995)
Prinsip ini adalah berasaskan sebuah hadith Nabi Muhammad SAW yang menekankan tentang betapa Islam menganjurkan ketekunan dan kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan pekerjaan.an.
"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya)." (HR al-Baihaqi)
RUMUSAN
Secara jelas dan terang ketiga-tiga prinsip UMI ini adalah bersumberkan Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad SAW. Asas tasawwurnya adalah berasaskan tasawwur Islam. Maka boleh kita fahami prinsip yang ditekankan dalam pentadbiran dan pemerintahan kerajaan adalah bertepatan dengan ajaran Islam dan wajar dijadikan contoh untuk diterapkan oleh mana-mana pemerintahan yang mengaku mereka itu adalah muslim dan ingin melaksanakan Islam dalam pemerintahan mereka.
Rujukan:
Dinsman, (2013). Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaan. Kuala Lumpur : Kaab Enterprise.
Nik Abdul Aziz Nik Mat, (1995). Islam Boleh. Kelantan : Maahad ad-Dakwah Wal-Imamah.
No comments:
Post a Comment